Pesakit Diabetes Boleh Minum Kefir? Ini Yang Perlu Kamu Tahu.
Title: Pesakit Diabetes Boleh Minum Kefir? Ini Yang Perlu Kamu Tahu | Veeone Kefir
Desc: Malaysia ada antara kadar diabetes tertinggi di Asia. Boleh kefir bantu? Ini jawapan jujur berdasarkan apa yang sains kata — dan apa yang perlu berhati-hati.
KW: kefir untuk diabetes, kefir kencing manis Malaysia, boleh pesakit diabetik minum kefir, kefir gula darah, probiotic diabetes Malaysia, Veeone kefir diabete
1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidap diabetes. Ramai hanya menyedarinya apabila sudah terlambat.
Kefir bukan ubat. Namun ada sebab mengapa ia boleh menjadi sebahagian daripada penjagaan harian bagi mereka yang mengawal paras gula darah setiap hari.
Masalah Sebenar di Sebalik Diabetes dan Usus
Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar diabetes tertinggi di Asia Tenggara — Lebih 3.9 juta rakyat Malaysia telah didiagnosis menghidap kencing manis, manakala jutaan lagi dipercayai berada dalam kategori pra-diabetes tanpa menyedarinya.
Angka ini bukan sekadar statistik sahaja. Ia mewakili ahli keluarga kita seperti ibu, bapa, datuk dan nenek kita yang berdepan dengan cabaran menguruskan penyakit ini.
Apa yang ramai tidak sedar ialah kesihatan usus dan kawalan gula darah yang berkait rapat. Kajian menunjukkan bahawa ketidakseimbangan mikrobiom usus boleh menjejaskan keupayaan tubuh memproses glukosa, mengurangkan sensitiviti insulin serta boleh meningkatkan radang kronik yang boleh memburukkan lagi keadaan diabetes. Dengan kata lain, usus yang kurang sihat boleh menyebabkan diabetes menjadi lebih sukar untuk dikawal, walaupun seseorang itu telah mengambil ubat dan mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan.
Apa Kata Sains Mengenai Kefir dan Kawalan Paras Gula Darah?
Berita baiknya: Beberapa kajian menunjukkan bahawa probiotik, terutamanya yang terkandung dalam kefir — berpotensi menyokong pengurusan diabetes melalui beberapa mekanisme yang berkaitan dengan kawalan paras gula dalam darah.
- Meningkatkan sensitiviti insulin - Bakteria baik yang terdapat dalam kefir boleh membantu mengurangkan keradangan kronik dalam usus. Keradangan kronik adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada rintangan insulin iaitu keadaan di mana sel-sel badan kurang memberikan tindak balas terhadap insulin. Apabila keradangan berkurangan, tubuh lebih mudah menggunakan insulin dengan lebih berkesan.
- Membantu memperlahankan kenaikan paras gula darah selepas makan - Asid laktik yang terhasil daripada proses penapaian kefir dipercayai dapat memperlahankan penyerapan karbohidrat di dalam usus kecil. Keadaan ini membolehkan glukosa daripada makanan diserap ke dalam aliran darah secara lebih beransur-ansur, sekali gus membantu mengurangkan peningkatan mendadak paras gula darah selepas makan.
- Menyokong kepelbagaian mikrobiom - Kajian menunjukkan bahawa individu yang menghidap diabetes jenis 2 lazimnya mempunyai mikrobiom usus yang kurang pelbagai. Kefir mengandungi pelbagai jenis bakteria probiotik yang boleh membantu menyokong keseimbangan dan kepelbagaian mikrobiom usus secara semula jadi.
Namun, Ada Beberapa Perkara yang Perlu Diberi Perhatian
Untuk penghidap diabetes: mulakan dengan 100–150ml sahaja, pantau bacaan gula kamu sebelum dan selepas, dan bincangkan dengan doktor atau dietitian kamu sebelum menjadikannya rutin harian.
Kefir bukan pengganti ubat diabetes. Sebaliknya, ia merupakan makanan berprobiotik yang boleh menyokong kesihatan usus dan membantu melengkapkan amalan pemakanan yang sihat. Manfaatnya lebih berkesan apabila ia diamalkan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat secara menyeluruh, dan bukannya sebagai satu-satunya kaedah untuk menguruskan diabetes.
Cara Memulakan Pengambilan Kefir bagi Penghidap Diabetes
- Masa: Minum bersama sarapan, dan elakkan mengambilnya ketika perut kosong .Cara ini dapat membantu memperlahankan penyerapan glukosa serta mengurangkan kesannya terhadap paras gula dalam darah.
- Kuantiti: Mulakan dengan 100ml sehari. Pantau tindak balas badan dan bacaan paras gula dalam darah selama seminggu sebelum meningkatkan kuantitinya.
- Elakkan tambah gula: Minum kefir dalam bentuk asalnya — jangan tambah madu atau buah bergula tinggi pada peringkat awal.
- Konsistensi: Manfaat kepada mikrobiom usus mengambil masa 4 hingga 6 minggu untuk kelihatan. Jangan berhenti selepas seminggu.
Cuba Veeone Kefir di veeone.com.my
Jul 31,2026